Setiap bahasa di dunia ini mempunyai tafsiran
masing-masing bagi mendefinisikan maksud peradaban. Bukan saja ejaan dan
sebutan yang berbeda, makna dan konsep peradaban turut berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya, istilah kulture dalam bahasa
Jerman membawa makna peradaban, manakala istilah culture dalam bahasa
Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa
setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah peradaban.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar